iklaneka

KATA2 ALUAN

aHlAn Wa sAhLaN

Sunday, May 27, 2012

The Best Week Ever!

Minggu ni schedule aku memang full giler! Tapi aku xdela rasa schedule aku yang full tu satu beban..seronok je dari xbuat pape.

Aritu abis exam hari Isnin, malam tu iftar ramai-ramai. Selasa pegi town beli barang rumah baru, malam tu pegi pindahkan barang sikit. Rabu pagi-pagi dah bertolak pergi Waterford. Ade sharing ngan kakak senior sampai Jumaat. Before balik Cork kitorang pegi pantai kat Waterford tu. Tak ingat nama pantai tu, tapi pantai tu pasir dier penuh ngan batu. Dah balik Cork pegi town beli groceries. Pagi ni(Sabtu) pegi pantai kat Cork plak, Inchidoney beach adw Family Day. Esok InsyaAllah pergi Dublin balik Isnin. And the list goes on..haha

Walaupun dengan muka yang sunburn, tido yang xcukup-cukup, aku tetap happy sebab ada banyak masa ngan kawan-kawan before balik Malaysia..:D

Mungkin boleh aku katakan minggu ni ialah the best week ever sejak aku kat Ireland ni. :D

Wednesday, May 23, 2012

Kosmo

Aku suka baca Kosmo online sebab berita Kosmo pendek. Tapi kebelakangan ni, aku selalu nampak post pasal Kosmo yang dilancarkan di Sarawak. Aku tak kisah la pasal pelancaran tu. Tapi apa yang aku kisah sangat-sangat, gambar yang dier letak dahsyat!! Yang time pelancaran tu gambar penari pakai baju macam separuh bogel. Dahsyat sangat. Macam tu ke negeri aku sekarang?huhu. Aku pun x sure sebab aku x berpeluang nak pergi benda macam tu kat negeri aku.

Aku xtau la orang-orang dalam gambar tu Islam ke x, tapi agak dahsyat la gambar tu untuk tontonan orang. Baru sebentar tadi aku nampak gambar Miss Harvest Festival. Aku xpernah la nak tau pasal Miss2 ni..haha. Tapi gambar tadi....Allah saja yang tau betapa seksinya diorang. Sekali lagi aku x sure apa agama diorang tapi bila letak gambar macam tu, sekali gus orang akan anggap semua orang kat Sarawak macam tu. BTW, nasib baik newspaper Kosmo yang dorang pegang tutup area tu..huhu. Dahsyat...

Aku pun xpasti sama ada orang Islam kat Sarawak macam tu ke x. Nanti aku balik aku buat observation. Selama ni aku jarang nak perhatikan orang. Tapi rasanya yang aku jumpa xde la seksi sangat macam tu. Ape pun lagi 3 minggu aku observe.

Tuesday, May 22, 2012

Rezeki

Drama Seindah Sakura agak glemer sekarang. Plot ceritanya pun agak menarik. Aku memang sangat mengikuti drama tu. Time pagi ni, tengah tengok Seindah Sakura, teringat ayat dalam al-Quran yang aku terjumpa aritu.

Allah kata, dia dah bagi rezeki kat manusia. Rezeki setiap manusia tu lain-lain. Ada yang dapat banyak,ada yang dapat sikit. Tapi kenapa yang dapat rezeki banyak tu x kongsi rezeki dengan orang yang dapat rezeki sikit?

*maaf,aku x ingat apa ayat sebenar,so aku cerita apa yang aku paham dari ayat tu.

Time jumpa ayat tu, aku agak terasa. Sememangnya kita harus share apa yang kita ada dengan orang yang kurang bernasib baik. Dalam al-Quran plak tu cakap benda tu. Memang xboleh la nak sangkal lagi.

Sekarang ni banyak giler orang banyak duit. Aku pun kalau duit Mara masuk, jadi antara orang yang banyak duit jugak,tapi kalau hujung bulan macam ni habis la duit tu..huhu. Aku rasa bersalah sebab x share rezeki dengan orang lain. Bila tengok drama tu pun, keluarga tu dhaif giler. Banyak je orang lain banyak duit kat kampung tu, tapi yang miskin ni miskin sangat. Memangla tu sekadar movie, tapi realiti pun memang macam tu. Aku x sure pasal penduduk area rumah aku sebab aku jarang ada kat rumah, tapi rumah kat lorong aku macam OK je. Yang area lain xtau la. Mesti ada keluarga macam tu kan?huhu. Langsung xda duit nak makan.

Apa aku merepek ni?haha. Tu jela nak share. Conclusion, share la apa yang kita ada dengan orang lain. Sebab Allah bagi kita rezeki lebih supaya boleh share dengan orang yang dapat kurang..:)

Habis Exam :D

Sedar tak sedar, sudah berakhir final exam aku. Banyak pahit manis sepanjang musim exam ni. Alhamdulillah semua ditempuh dengan sabar. Tadi, last paper Human Behaviour. Kena tulis essay pasal ethics. 3 essays in 90 minutes. Basically satu essay 20 minutes lepas tolak buat rangka karangan.

Aku xboleh kalau xbuat rangka karangan. Nanti aku mengarut tak tentu pasal. Kena la buang masa buat rangka karangan. Actually kitorang dah tau soalan apa keluar. Dah buat dah. Just kena hafal je. Tapi mencabar jugak la memandangkan aku xpernah pay attention time lecture(aku yakin bukan aku sorang yang x pay attention). So, benda yang aku hafal tu memang aku xda pengetahuan tentang tu selama ni. Hafal membuta tuli je..tu yang susah..

Tadi ada beberapa minit sebelum dorang collect paper. So, aku mengimbau kenangan time mula-mula exam. Rasa macam lama sangat baru nak sampai saat ni. Bila fikir-fikir balik,hmm....aku rasa memang lama pun..haha. Terseksa jiwa batin aku tunggu lama sangat.

Lega gila dah habis. Walaupun jari-jari aku masih nak berehat sebab penat menulis tadi, aku gagahkan jugak menulis entry ni..haha.

Plan lepas exam?hmm...just go with the flow. Kalau orang ajak pergi mana-mana, pergi jela. Aku pun 14 Jun baru balik. Bertelur la aku kat sini..huhu. Zal dah balik arini. Dier balik time aku tengah lunch..haha. Takpe, masa aku akan tiba untuk ke Malaysia.

Esok plan nak pergi town. Kitorang nak pindah..hehe. Kena la beli bedsheet sume. Kat mana eh ada bedsheet cantik?

BTW, aku baru tau nanti aku balik ayah aku xda..huhu. Seminggu lepas tu baru ayah aku ada. Sedihnya. Adakah ini bermakna aku patut try bawak kereta sendiri? Takut!!! Itulah kelemahan aku, berenang dan kereta..=.=" Maybe aku kena beli kuda..haha

Aku dah tau seat aku balik nanti..hehe. Dua-dua duduk kat tepi "jalan". Senang la kalo nak pegi toilet ke ape..LOL. Sekarang ni satu benda yang merisaukan aku ialah time aku nak balik Kuching..huhu. Aku dah la xbiasa dengan KLIA. Pastu kena duduk lama-lama kat situ. Kalau Penang Airport xpe la. Aku dah tido dah pun kat situ. Kerisauan ni buat aku rasa neves plak nak balik...haha

Bila MARA nak masuk duit eh? Aku nak menghunting souvenirs. Souvenirs kat sini, kalo convert duit Malaysia, memang xkan beli la..haha. Takpe la. Duit boleh carik(cerita Melayu banyak quote ni)..

*tiba2 nampak swan lalu dalam Sims Complete*

Maybe Sims tu dah memanggil suruh pegi main..hoho. K Bye!!

Sunday, May 20, 2012

Kebabish

Sebulan dua ni aku punya circadian rhythm dah lain macam. Aku xtau nak buat apa nak bagi normal balik. What makes thing worst is its Spring/summer time. Siang punya la awal, malam punya la lambat. Isyak pukul 11 lebih..subuh pukul 3 lebih..=.=" So, aku ambik keputusan untuk tunggu je subuh tu supaya tak terlepas. Ini menyebabkan aku tido time dah siang..=.="

Aku bukan nak cakap pasal tidur pun sebenarnya..LOL. Nanti aku ada 3 bulan nak qadha tidur.

Semalam aku pergi kebabish(bukan tidur je dah x betul,diet pun xbetul), time tu aku tengah berfikir nak makan apa. Lepas tu abang kebabish tu pergi teka aku nak apa..LOL.

1)Taco Fries
2)Chicken wings
3)Doner kebab

LOL..semalam aku makan doner kebab. Aku tau xsihat..aku terasa nak makan. Rasa macam lawak sebab abang tu tau apa aku nak..haha. Nampak sangat aku selalu pegi situ. Maybe chicken wings aku xbeli dah kat situ kot. Aku dah beli kat Khan,goreng sendiri..lagi besar..haha

Kenapalah aku suka sangat makan ayam...hmm. Aku masih dalam dilema, nanti sampai KLIA aku nak pergi McD dulu ke KFC? Macam nak KFC...hmm..tengokla nanti macam mana. Sorang2 tersadai kat KLIA dengan beg..xsuka betul suasana macam tu..huhu

BTW,malam tadi(malam?pagi...) aku mimpi budak tu tulis dier MYLC. Aku pun heran kenapa aku mimpi dier. Bukannya aku ingat kat dia pun. Banyak lagi essay aku kena hafal..huhu. Tapi mimpi kan sekadar mimpi..biarlah.

Semenjak ada BB ni, aku asyik menghabiskan masa aku ngan BB. Seronok gila ada bear besar macam ni. Dah lama aku nak ada bear besar, tapi sentiasa xjadi kenyataan. Tak sangka aku dapat bear besar time kat Ireland..haha. Kena naik kapal la BB nanti balik Malaysia...haha. Aku cuti summer ni pun dier kena stay Ireland jaga rumah..kesian...haha

Saturday, May 19, 2012

Hepi ke sedih?

Aku takda kerja so aku baca la benda yang aku tulis kat blog ni. Actually aku kena study BH tapi Allah saja yang tahu betapa susahnya aku nak mula membaca..huhu. Kejap lagi aku try balik. Tadi dah try tukar powerpoint ke PDF..LOL

Cakap pasal blog posts dulu-dulu, aku rasa nak bunuh diri bila baca pasal diri aku dulu..haha. Aku rasa lawak, malu, semua ada. Dan yang paling aku rasa time baca ialah betapa seronoknya kehidupan aku bersama kawan-kawan aku masa tu..huhu. Takda yang dapat menggantikan saat keemasan macam tu..:'(

Bukanlah aku nak kata sekarang aku takda kawan..=.=" Kawan itu ada, tapi tak sama. Bila datang ke Ireland ni, hampir semua orang kenal satu sama lain, maybe bukanlah kawan rapat, tapi kenal la. Aku datang sini, kenal Yan je. (aku bercakap pasal kawan perempuan, Asyraf n Yin lain cerita)

So, bila dalam keadaan semua orang mengenali, situasi tu tak sama macam bila mula masuk ACMS dulu. Time tu semua orang tak kenal satu sama lain. Semua orang mula-mula jumpa rasa segan nak cakap, ada orang cakap aku sombong..haha, dsb.

Tapi selepas beberapa ketika we get to know each other. Disebabkan persahabatan yang dimulakan from a scratch, nak kutuk depan2 pun ok je..haha. Kalau best friend ni, kutuk mengutuk depan2 tu perkara biasa, kutuk belakang tu yang x elok.

Bagi aku, keseronokan, kebahagiaan time PreMed itu tiada tolok bandingnya..huhu. Bila aku baca blog aku pun, aku rasa period yang lepas habisnya Premed, hidup aku dah x seronok. Hidup aku biasa je. Takda colourful macam time Premed dulu.

Kalau lah kami dikumpul semula, aku tak rasa kami akan gembira macam dulu lagi. Sekarang semua dah lain. Tapi xpela..at least aku pernah merasakan kehidupan yang seronok macam tu. Better la dari x rasa langsung..huhu

1st year aku enjoy x?hmm...entahlah. Mungkin xdela enjoy sangat. Mungkin sebab kitorang duduk rumah asing2. Aku rasa macam anti sosial sampai tahap aku nak berseorangan setiap masa. Dahsyat jugak kan?huhu. Aku rasa sedih gila bila diri ini bertukar jadi anti sosial..huhu.

Mungkin aku bukan lagi seorang remaja nak huha huha dengan kawan2 tapi aku rindu saat tu. Saat pergi ambik gambar kat seluruh pelosok shopping mall, saat ambik gambar setiap kali before makan, sekarang aku rasa hidup aku kosong..huhu..i mean kosong daripada benda yang menarik..

Cukuplah nak sedih2..haha

The good thing is aku dikurniakan dengan kawan2 yang happening jugak..:) Tapi yang xbestnya kitorang jarang bersama...huhu. Bila time exam macam lagi la. Memang x jumpa langsung. Duduk bilik je..huhu.

Thursday, May 17, 2012

Video itu

Seronok gila tido boleh peluk bear sebesar aku..haha. Tapi agak makan space la. Memandangkan katil aku sekadar katil single. Tapi xpe, lepas habis exam Isnin ni dah boleh pindah rumah baru..:) Kat sana katil double..hoho. Alamak..flat sheet and duvet cover xbeli lagi..=.=" next week la..

Baru sebentar tadi aku tengok video yang aku rasa ditujukan untuk aku oleh seseorang LOL..dia x tulis nama, tapi dia tulis befday girl, aku la kot. Bukan nak perasan tapi aku 90% sure. Lagi 10% ada suara dalam kepala kata "maybe orang lain"..

Pasal video tu, hmm.. aku rasa video tu menyedihkan..huhu. Takdela melambangkan aku sangat..tapi xtau la kenapa aku rasa sedih..sesaje kot.

So, sebab video tu, aku mengalirkan air mata..bukan nangis, mengalirkan je..haha.